fbpx

Maghribi pilih negara hantar bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita membawa selimut yang dibekalkan kepada mangsa gempa di Kampung Ighermane, Banjaran Atlas di tengah Maghribi semalam. – AFP

BERLIN, Jerman – Pertubuhan Palang Merah Jerman (DRK) menyatakan hari ini bahawa pihaknya terpaksa membatalkan rancangan untuk menghantar bantuan ke negara dilanda gempa bumi, Maghribi.

“Atas sebab di luar kawalan kami iaitu peraturan dan undang-undang baharu yang diumum tanpa makluman awal, mustahil untuk pesawat bantuan berlepas hari ini.

“Kami amat kesal dengan perkembangan ini kerana rakyat Maghribi memerlukan bantuan segera,” kata DRK tanpa mengulas lanjut.

Maghribi digegarkan gempa bumi kuat pada minggu lalu yang mengorbankan hampir 3,000 orang dengan  kebanyakan mereka tinggal di kawasan pedalaman di Banjaran Atlas, manakala ramai lagi mangsa hilang tempat tinggal.

Bagaimanapun, negara Afrika Utara itu menolak tawaran bantuan daripada sebilangan negara termasuk Perancis dan Jerman serta cuma membenarkan pasukan penyelamat terpilih dari segelintir negara.

Penerbangan bantuan Jerman itu dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Leipzig hari ini, kata DRK dan pihaknya berusaha sedaya upaya untuk ‘menangani penangguhan tersebut’.

Pertubuhan Palang Merah melancarkan rayuan kelmarin untuk mengumpul dana AS$100 juta (RM468 juta) bagi menyokong usaha bantuan.

Setakat ini, Maghribi membenarkan pasukan dari Sepanyol, Britain, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu untuk menghulurkan bantuan, namun menolak tawaran dari sebilangan negara lain termasuk Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia Barat. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI