fbpx

Jurutera perkapalan didakwa bunuh penjawat awam kacau isterinya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Harun Narresat (tengah) untuk didakwa di Mahkamah Majistret Tanah Merah hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

TANAH MERAH – Seorang jurutera perkapalan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penjawat awam dalam kejadian di depan sebuah premis di Machang pada 3 September lalu.

Tertuduh, Harun Narresat Ibrahim, 46, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju lokap berwarna ungu.

Mengikut pertuduhan, Harun Narresat didakwa membunuh Tuan Mohd. Salleh Tuan Ibrahim, 51, di sebuah kedai makan di hadapan Hospital Machang, Jalan Pasir Puteh Lama dekat Machang kira-kira pukul 11.30 pagi pada 3 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati boleh dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan, Muhammad Zaki Abdul Kudos manakala tertuduh diwakili penguam ,Tengku Shazuan Tg. Shariffudin.

Mahkamah menetapkan 13 November depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang penjawat awam maut selepas bertumbuk dengan seorang lelaki apabila dia dipercayai mengganggu isteri orang dalam kejadian depan sebuah premis pada 3 September lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi itu, mangsa meninggal dunia di Hospital Machang di sini selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Difahamkan, mangsa bertugas satu pejabat dengan isteri suspek yang terlibat dalam kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI