fbpx

Himpunan Selamatkan Malaysia: Ahmad Samsuri sahkan tidak hadir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (kanan) ketika ditemui pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan beliau tidak akan menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Menteri Besar Terengganu itu berkata, ini kerana beliau mempunyai urusan rasmi di negeri ini pada hari tersebut dan menasihatkan para peserta himpunan agar menghindar sebarang provokasi bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Himpunan seumpama ini bukanlah perkara baharu dan ia merupakan hak seorang warganegara yang dibenarkan dalam demokrasi. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, himpunan terbabit akan berjalan lancar dan aman sekiranya tiada provokasi tercetus,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penganjuran Himpunan Selamatkan Malaysia anjuran Pemuda Perikatan Nasional (PN) pada sambutan Hari Malaysia ini.

Ahmad Samsuri berharap pihak berkuasa dapat membenarkan perhimpunan tersebut mengikut peruntukan sedia ada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI