fbpx

EPL: Everton mungkin bertukar pemilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EVERTON berdepan isu prestasi yang ketara sejak beberapa musim lalu menyebabkan protes penyokong terhadap pemilik kelab semakin memuncak. - AFP

LIVERPOOL – Everton yang sedang bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak beberapa musim lalu termasuk pada kempen kali ini semakin hampir untuk bertukar pemilikan apabila ia akan dijual kepada sebuah firma pelaburan 777 Partners yang berpangkalan di Miami.

Beberapa individu penting di kelab tersebut dilaporkan sedang mengadakan perbincangan bersama wakil firma berkenaan mengenai pertukaran pemilikan kelab tersebut selepas rundingan bersama MSP Sports Capital berakhir dengan kegagalan pada Ogos lalu.

Sekiranya rudingan bersama 777 Partners itu berjaya, ia bermakna berakhirnya era pemilikan Farhad Moshiri yang menjadi pemilik The Toffees sejak 2016.

Pada Mac lalu, kelab tersebut mendedahkan bahawa mereka telah mengalami kerugian untuk tempoh lima tahun berturut-turut yang dianggarkan sebanyak £430 juta (RM2.51 bilion).

Mereka juga ketika ini sedang membina stadium baharu di Bramley Moore Dock yang dianggarkan bernilai £760 juta (RM4.44 bilion) dengan peningkatan kos sebanyak £260 juta (RM1.51 bilion) berbanding apa yang diumumkan sebelum ini.

Pada Februari lalu, Moshiri dilaporkan pernah memberitahu bahawa beliau tidak berminat untuk melepaskan pemilikan kelab itu sebaliknya berusaha untuk mendapatkan pelabur yang berkualiti dalam membantu kelab dari segi kewangan.

Sejak mengambil alih The Toffees, Moshiri dikatakan sudah melabur sehingga £750 juta (RM4.38 bilion) untuk kelab itu, namun kelibatnya tidak digemari oleh peminat yang mendesaknya meninggalkan kelab itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI