fbpx

Syed Saddiq berani, bermoral – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kiri) sifatkan tindakan Syed Saddiq sebagai tegas dan berani.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut beliau, keputusan Syed Saddiq membawa keluar Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) daripada gabungan Kerajaan Perpaduan adalah tindakan tegas dan berani.

“Sebelum saya meneruskan ucapan, pertama saya mahu mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Muar Syed Saddiq kerana sekarang sudah bersama bersama kami dalam saf pembangkang.

“Ini adalah satu tindakan yang tegas, berani dan bermoral,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Syed Saddiq baru-baru ini mengumumkan, Muda keluar Kerajaan Perpaduan dan menyertai blok pembangkang sebagai kuasa ketiga.

Langkah itu kerana membantah pengguguran kes rasuah melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, tindakan kerajaan menggugurkan 47 pertuduhan rasuah melibatkan Ahmad Zahid menyukarkan Muda untuk terus kekal berada dalam kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI