fbpx

Pemandu parah treler terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melihat treler yang terbabas di bahu jalan berhampiran plaza tol di Lebuhraya Guthrie, Rawang, hari ini.

RAWANG – Seorang pemandu treler cedera parah apabila kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan berhampiran plaza tol di Lebuh Raya Guthrie, dekat sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.42 petang.

Ujarnya, seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori treler jenis Scania yang membawa muatan kontena terbabas dengan sendirinya di bahu jalan.

“Mangsa, Kanda Rozaini, 39, dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI