fbpx

Pekerja ladang lemas ketika memancing di lombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat warga Indonesia yang lemas ketika memancing bersama rakannya di lombong dekat Felda Linggiu semalam.

KOTA TINGGI – Seorang pekerja ladang lemas ketika mancing bersama rakannya di sebuah lombong dekat Felda Linggiu di sini semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi II Bahtiar Selamat berkata, mangsa merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Sapoan, 43.

Katanya, Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Bandar Tenggara menerima panggilan kecemasan mangsa lemas melalui talian terus ke balai pada pukul 6.20 petang.

Menurutnya, seramai 13 anggota dari Bandar Tenggara dibantu BBP Mersing dan BBP Skudai bersama jentera juga kenderaan utiliti dihantar ke tempat kejadian.

“Mangsa adalah pekerja kebun di Felda tersebut. Dia datang memancing di lombong berkenaan bersama seorang lagi rakannya.

“Ekoran itu tindakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pada sekitar kawasan mangsa dipercayai lemas. Mangsa berjaya dijumpai oleh pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Mersing setelah membuat selaman selama 30 minit.

“Mayat mangsa ditemui pada kedalaman lima meter pada jarak lapan meter dari tebing tasik mangsa memancing,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, setelah memastikan keadaan selamat, jentera dan anggota bertolak balik ke balai dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi ditamatkan kira-kira pukul 1.10 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`