fbpx

Tular gelandangan dipijak hingga berdarah, seorang lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gelandangan yang dipijak hingga cedera di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki diberkas pihak polis selepas disyaki memukul seorang gelandangan hingga cedera di Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.11 tengah malam.

“Susulan laporan polis yang dibuat, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditahan pada pukul 1.46 pagi bagi membantu siasatan dalam kes ini, hari ini.

Menurut beliau, suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Rabu hadapan dan kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Siasatan sedang berjalan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.

“Pihak polis menasihati orang ramai tidak terlibat di dalam sebarang aktiviti menyalahi undang-undang. Tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Sabtu lalu, tular satu ciapan di aplikasi X daripada @Bihanuha yang memaparkan seorang gelandangan lelaki terbaring dengan berlumuran darah di kaki lima jalan, di Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini.

Menurut hantaran tersebut, mangsa telah dipijak dan ditendang berkali-kali sehingga berlaku pendarahan di kepala. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI