fbpx

Ingatkan pocong sebenar, rupanya patung iklan elak khalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej sebenar patung pocong tersebut ketika dirakam pada waktu siang. – Detik

JAKARTA – Sebuah video tular  memaparkan imej lembaga menyerupai pocong sedang duduk di atas papan iklan di tepi jalan menjadi perbualan ramai dengan mereka menyifatkan situasi tersebut menyeramkan, lapor laman berita Detik kelmarin.

Video berdurasi 21 saat itu dirakam di Jalan Guntur, Garut, dalam wilayah Jawa Barat pada waktu malam.

Jika dilihat sekilas pandang, lembaga itu kelihatan seperti pocong, namun ia langsung tidak bergerak.

Tampil menjelaskan keadaan itu, Ketua Bahagian Sumber Manusia Polis Perbandaran Garut, Tubagus Agus Sofyan berkata, pocong yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah patung yang dipasang untuk promosi iklan.

“Benar (imej pocong) tetapi ia bukan hantu. Itu hanya patung.

“Menurut penduduk setempat, ia adalah promosi iklan,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI