fbpx

Cukai tidak bebankan rakyat diperkenal tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) 2021-2025 di Parlimen hari ini. -Foto JAPEN

KUALA LUMPUR – Cukai Keuntungan Modal yang merupakan percukaian baharu yang sedang digubal akan diperkenalkan pada tahun depan tidak sesekali akan membebankan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah akan diambil bagi memperluas asas cukai, mempelbagai sumber cukai serta menambah baik pentadbiran percukaian menerusi penggunaan teknologi.

“Namun harus ditegaskan bahawa kerajaan ini berkhidmat demi rakyat dan tidak akan sesekali membebankan rakyat dengan ketetapan cukai di luar kemampuan mereka.

“Prinsip yang kita angkat ialah pemerataan ekonomi yang adil demi kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI