fbpx

Cuaca buruk di enam negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan beberapa kawasan di enam buah negeri bakal dilanda hujan lebat serta ribut petir, malam ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawangnya, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di Terengganu, Pahang dan Kelantan.

“Bagi Perak pula hujan hanya dijangka turun di satu dua tempat di kawasan pedalaman,” katanya dalam hantaran sama.

Tambah MetMalaysia, di Sabah, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat iaitu Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat serta beberapa tempat di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Sarawak, hujan diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI