fbpx

Pasangan diburu kes samun pemandu teksi di Lahad Datu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek dipercayai warga asing iaitu seorang lelaki dan wanita diburu pihak Polis Lahad Datu.

LAHAD DATU – Polis mencari dua individu bagi membantu siasatan kes samun menggunakan senjata tajam dan mendatangkan kecederaan pada Khamis dan Jumaat lalu.

Kejadian pada Khamis melibatkan pemandu kereta sewa berusia 75 tahun yang cedera di kedua-dua pergelangan tangan akibat diserang dengan senjata tajam, manakala kes pada Jumaat membabitkan pemandu teksi berusia 67 tahun yang parah dilanggar suspek.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, dalam kejadian pertama, mangsa disamun seorang lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an pukul 4.30 pagi, Khamis lalu di lorong belakang sebuah bank di sini.

“Mangsa kerugian RM14,000 apabila jam tangan, telefon bimbit dan wang dilarikan dua suspek tersebut. Turut dilarikan sebuah kereta Proton Iswara milik mangsa” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian kedua pada pukul 6.30 pagi, Jumaat lalu tuut dilakukan dua suspek sama di hadapan sebuah hotel. Mereka menyamar sebagai penumpang teksi dan sewaktu dalam perjalanan, suspek mengacukan pisau sebelum meminta wang.

“Mangsa berjaya keluar dari kenderaan selepas bergelut dengan suspek, lelaki itu kemudian melanggar mangsa sebelum beredar,” katanya.

Rohan Shah berkata, mangsa dihantar orang awam yang melalui kawasan terbabit ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut. Mangsa mengalami luka di leher, bahu dan patah tulang pinggang kiri.

Polis menemui teksi mangsa jenis Proton Persona yang terbabas di tepi jalan di Jalan Putatan. Usaha mengesan kedua-dua lelaki itu giat dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI