fbpx

APMM kekang penyeludupan rokok di perairan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairulanuar menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dilupuskan di Pejabat Maritim Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perairan Terengganu akan terus dikawal ketat Maritim Malaysia (APMM) bagi mengekang penyeludupan rokok yang dilihat masih berleluasa pada masa ini.

Pengarah Maritim Terengganu, Mohd. Khairulanuar Abd. Majid berkata, risikan pihaknya mendapati permintaan terhadap rokok seludup masih tinggi di Pantai Timur.

“Permintaan tinggi ini mendorong kepada berleluasanya penyeludupan bahan tembakau (rokok) tidak bercukai dari negara jiran menggunakan jalan laut.

“Sehubungan itu, Op Serop akan diteruskan di perairan negara bagi membanteras penyeludupan rokok haram ini secara menyeluruh,” katanya di Pejabat Maritim Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengetuai operasi pelupusan 379,400 batang rokok seludup berjumlah RM1.2 juta yang telah dilucut hak mahkamah.

Mohd. Khairulanuar berkata, ia merupakan 19,470 kotak rokok yang dirampas menerusi Op Serop di Kuala Besut pad April lalu.

Beliau menjelaskan, rokok haram berkenaan dilucutkan hak oleh mahkamah menerusi perbicaraan pada Julai lalu.

“Proses pelupusan dilakukan menggunakan mesin pengisar sebelum dibuang di tapak pelupusan sampah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Sungai Ikan, Kuala Nerus disaksikan pegawai penyaksi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI