fbpx

PRK: Teruja mengundi sejak pulang dari Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MD. ZAIN bersama bapa mertuanya, Ismail melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi di Parlimen Pulai di Sekolah Agama Dato' Omar Yusof, Kampung Pasir, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Selepas lebih 10 tahun berkelana mencari rezeki di Rio de Janeiro, Brazil, seorang pekerja di pelantar minyak teruja untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai anak Malaysia dengan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai.

Md. Zain Awang berkata, walaupun usianya sudah meningkat kepada usia 53 tahun, ini adalah kali ketiga dia menggunakan haknya sebagai pemilih pada proses pilihan raya yang diadakan bagi memilih wakil rakyat.

“Saya berkelana ke luar negara sejak 2004, sudah merata saya merantau kerja di ‘offshore’ sebelum berhijrah ke Brazil pada 2010. Setelah sukar mendapat cuti dan terpaksa berpisah lama dengan isteri dan anak-anak, maka saya mengambil keputusan pulang ke tanahair pada 2021 selepas lebih 10 tahun di Brazil,” katanya kepada pemberita di Sekolah Agama Dato’ Omar Yusof, Kampung Pasir, di sini hari ini.

Md. Zain berkata, dia pertama kali mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan seterusnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November lalu.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu tahu tanggungjawab Kita sebagai pengundi untuk memilih pemimpin Yang mampu mentadbir negara dengan baik.

“Dahulu saya tidal cakna soal politik, namun setelah melihat pergolakan yang berlaku beberapa tahun yang lain, sebagai rakyat kita perlu main peranan kita,” katanya yang hadir bersama isteri dan bapa mertuanya, Ismail Ahmad, 86. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI