fbpx

PRK: Peratusan keluar mengundi tidak sampai 50 peratus setakat 2 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA pengundi warga emas hadir walaupun berkerusi roda bersemangat menunaikan tanggungjawab mengundi di SK Seri Melati, Johor Bahru hari ini. -Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Jumlah bilangan pemilih yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram tidak sampai 50 peratus setakat pukul 2 petang hari ini.

Menurut data yang dikongsikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratus pengundi keluar mengundi bagi kerusi Parlimen Pulai adalah sebanyak 33 peratus.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak empat peratus berbanding kemaskini pada pukul 1 tengah hari iaitu sebanyak 29 peratus.

“Bagi peratusan mengundi di DUN Simpang Jeram, dianggarkan sebanyak 44 peratus telah keluar mengundi, meningkat sebanyak lima peratus berbanding sejam lalu,”katanya.

Seramai 205,810 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

Ia membabitkan 165,509 pemilih merupakan mengundi bagi Parlimen Pulai sementara DUN Simpang Jeram melibatkan 40,301 pengundi.

Sebanyak 294 jumlah saluran di 47 pusat mengundi di Parlimen Pulai, manakala 68 jumlah saluran di 14 pusat mengundi bagi DUN Simpang Jeram dibuka pada pukul 8 pagi dan akan ditutup pada pukul 6 petang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI