fbpx

MPKS pantau tapak pelupusan haram Jalan Kepong-Kuala Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tapak pelupusan sampah yang mencetuskan kebimbangan kepada penduduk Puncak Alam. FOTO: Saddam Yusoff

KUALA SELANGOR – Tapak pelupusan sampah di Jalan Kepong-Kuala Selangor, di sini didapati beroperasi tanpa kebenaran sah dan menyalahi undang-undang.

Setiausaha Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Mohamad Yusli Askandar berkata, tapak pelupusan sampah yang dibenarkan di daerah ini hanya terletak di Jeram yang menggunakan kaedah  secara sanitari dan terurus.

Justeru, katanya, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap individu atau syarikat kontraktor yang membuang sampah di lokasi tersebut.

“MPKS boleh mengambil tindakan kompaun kepada pihak didapati melakukan kesalahan berkenaan. Tindakan rampasan tanah juga boleh dilakukan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor,” katanya hari ini.

Kosmo! pada 4 September lalu melaporkan kehidupan aman dan tenteram penduduk di sekitar Puncak Alam bagaikan diragut apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah binaan dan makanan hingga mencemarkan sungai dan mengundang lalat di kawasan perumahan.

Kewujudan tapak pelupusan di Jalan Kepong-Kuala Selangor sejak setahun lalu itu juga mengundang bau busuk kepada 13,000 penduduk selain dibimbangi boleh mendatangkan penyakit bawaan
air dan rumah dihurung lalat. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI