fbpx

MCKK mahu terbang tinggi di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD ragbi B-14 negara bergambar bersama sebelum menyertai Festival Exchange Ragbi Asia-Oceania 2023 di Fukuoka, Jepun dengan berlepas di KLIA kelmarin.

PASUKAN ragbi The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) mahu menggunakan kesempatan beraksi pada Festival Exchange Ragbi Asia-Oceania 2023 di Fukuoka, Jepun sebagai batu loncatan meraih pengalaman dalam melahirkan lebih ramai pemain terbaik pada masa akan datang.

MCKK menjadi salah satu wakil Malaysia beraksi pada festival yang membuka tirai semalam hingga 11 September ini dengan melibatkan penyertaan lima pa­sukan seperti Jepun, Bangladesh dan Malaysia dalam saingan ragbi 7 sebelah.

Jurulatih ragbi MCKK, Fidzamil Basarudin berkata, seramai 12 pemain yang terpilih dipanggil mewakili Malaysia untuk bersaing pada kejohanan bawah 14 tahun (B-14) negara, sekali gus bertekad menimba pengalaman bersaing beraksi di luar negara.

Katanya, pendedahan tersebut penting bagi mengasah bakat atlet-atlet muda negara dari MCKK dan seterusnya mampu menyarung jersi Malaysia pada masa akan datang.

“Program ini dipersetujui pihak Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bagi membangunkan sukan ragbi di Malaysia dari peringkat akar umbi. Kita lihat program seperti ini bagus untuk atlet muda seperti ini bagi mengembangkan pengalaman mereka ketika berdepan lawan yang berbeza.

“Ini peluang yang baik kepada mereka menimba sebanyak pengalaman dan seterusnya mampu menjadi barisan menyarung jersi kebangsaan beberapa tahun akan datang,” katanya Fidzamil kepada Kosmo! semalam.

Ditanya mengenai misi di Jepun, Fidzamil yang juga merupakan Guru Kanan Kemanusian MCKK menjelaskan 12 pemain tersebut adalah yang terbaik sekali gus meletakkan kemena­ngan ketika berdepan dua pasukan Jepun.

“Saya difahamkan terdapat sebuah pasukan lagi dari Malaysia iaitu Selangor turut bersaing di festival ini. Penyertaan ini bagus kerana kita juga akan berdepan lawan yang berbeza.

“Jepun juga menghantar dua pasukan terbaik mereka iaitu Ukiha Young Ruggers dan juga Miyake Young Ruggers. Selain itu kita akan juga berdepan pasukan Bangladesh. Jadi, kita mengharapkan keputusan yang positif dari pasukan MCKK,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI