fbpx
Penduduk berada di dataran selepas gempa bumi menggegarkan Marrakesh. - AFP

Korban gempa bumi Maghribi meningkat hampir 300 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARRAKESH, Maghribi – Gempa bumi kuat berukuran 6. 8 pada skala Richter menggegarkan Maghribi lewat semalam dan mengorbankan hampir 300 orang, demikian menurut anggaran awal kerajaan. 

Gempa itu menyebabkan banyak bangunan musnah atau rosak, manakala orang ramai yang ketakutan, bertaburan lari ke jalan-jalan di Marrakesh.

Kebanyakan kematian berlaku di rantau Marrakesh dan wilayah Ouarzazate, jauh ke selatan negara itu, lapor media tempatan.

Gempa berlaku 71 kilometer ke barat daya Marrakesh pada kedalaman 18.5 kilometer, pukul 11.11 malam (waktu tempatan) kata Pejabat Kajian Geologi Amerika Syarikat. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN