fbpx

‘Calling Centre’ tawar gaji RM10,000 sewa premis mewah diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejabat yang dipercayai mengoperasikan kegiatan pelaburan dalam talian tidak wujud di Bukit Bintang, Kuala Lumpur diserbu semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai 29 individu termasuk enam warga asing diberkas dalam serbuan di sebuah pejabat yang dipercayai mengoperasikan kegiatan pelaburan dalam talian tidak wujud di Bukit Bintang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi membawa kepada serbuan yang dibuat pada pukul 3.40 petang itu,

“Polis menahan 13 lelaki dan 10 wanita tempatan bersama dua lelaki dan empat wanita warga asing berusia lingkungan 23 tahun hingga 53 tahun.

“Turut dirampas 56 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 27 unit komputer riba, 32 unit monitor, tujuh unit CPU, tiga unit router dan sebuah modem,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Noor Dellhan, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan beroperasi hampir dua bulan dengan sewaan bulanan premis sebanyak RM17,400.

Jelas beliau, sindiket yang menyasarkan mangsa di luar negara itu meletakkan peranan yang berbeza kepada pekerjanya antaranya meletakkan 29 Pegawai Khidmat Pelanggan yang menawarkan pelaburan forex, komoditi, saham, indeks dan matawang kripto tidak wujud melalui komunikasi secara langsung (live chatting).

“Tiga yang lain berperanan sebagai sokongan teknologi informasi (IT), tiga lagi individu menguruskan pengambilan pekerja serta pengurusan pejabat manakala baki dua individu merupakan pengurus yang mengawal dan menguruskan keseluruhan aktiviti itu.

“Bayaran gaji yang ditawarkan adalah sekitar RM2,000 hingga RM10,000 setiap bulan tidak termasuk komisien berdasarkan peranan yang diberikan,” katanya.

Mengulas lanjut, Noor Dellhan memaklumkan dua individu yang ditahan berperanan sebagai pengurus mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kesemua mereka direman tiga hari bermula hari ini Isnin hadapan bagi tujuan siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah seksyen 120(B)/420 Kanun Keseksaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI