fbpx

Polis hadiah piza sambut hari jadi banduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ferdinand menyerahkan piza kepada Boyok ketika membuat kejutan. - Mothership

JAKARTA – Seorang pegawai polis tular di media sosial Indonesia selepas membuat kejutan hari jadi dengan menghadiahkan beberapa kotak piza kepada seorang banduan di dalam penjara, lapor laman berita Mothership kelmarin.

Berdasarkan video mengenainya yang dimuat naik di laman TikTok, seorang pegawai polis bernama Ferdinand Malambae dilihat berjalan di hadapan sel penjara yang menempatkan tahanan.

Dia menyapa mereka sebelum berdiri di hadapan sebuah sel di mana seorang banduan bernama Boyok ditempatkan. Ferdinand menakut-nakutkan Boyok dengan menuduh lelaki itu bercakap buruk mengenainya.

“Kau yang cakap buruk pasal aku beberapa hari lepas kan?” katanya.

Boyok pantas menafikannya, namun banduan-banduan lain yang sudah berpakat dengan Ferdinand bersetuju dengan tuduhan tersebut.

“Hanya kerana berbadan besar, awak memandang rendah terhadap saya kan?” kata Ferdinand sambil memandang ke arah Boyok yang terdiam.

“Berapakah umur kamu?” tanya Ferdinand lagi.

“20, komander” jawab Boyok.

“Hari ini hari lahir kamu?” soal Ferdinand.

Apabila Boyok mengesahkannya, Ferdinand serta beberapa banduan lain bersama-sama menyanyikan lagu ulang tahun kepadanya, membuatkan lelaki itu menangis.

Ferdinand kemudian menyerahkan beberapa kotak piza dengan sebatang lilin yang menyala di atasnya kepada Boyok.

Selepas lilin ditiup, banduan-banduan lain di penjara itu turut dijemput menikmati piza bersama-sama Boyok. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI