fbpx
Gambar hiasan

PJJ bukan alasan curang, cari skandal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MINGGU ini, penulis ingin ­mengupas isu pasangan yang tinggal berjauhan atau lebih mesra dipanggil perhubungan jarak jauh (PJJ).

Di media sosial juga, kita dapat lihat ramai yang gagal dalam menguruskan rumah tangga apabila tinggal berjauhan dengan pasangan masing-masing sehingga ada yang bercerai-berai dan lebih teruk ada yang sanggup menjalinkan hubungan terlarang.

Malah, ada yang melahirkan anak luar nikah gara-gara berjauhan akibat hubungan dengan pasangan tidak sah.

Amat menyedihkan apabila ikatan yang dibina selama berpuluh tahun terlerai akibat kecurangan pasangan masing-ma­sing apabila gagal menguruskan hubungan PJJ dengan baik.

Pakar Perunding Psikiatri Hospital Serdang, Dr. Umi Adzlin Silim berkata, hubungan jarak jauh yang tidak diuruskan dengan baik boleh memberi kesan terhadap kesihatan mental.

Katanya, antara kesan yang boleh dirasai termasuk stres, kemurungan dan keresahan.

“Antara gejala seseorang itu mengalami kemurungan adalah sering sedih, hilang minat, terganggu tidur atau selera makan, tidak fokus dan sentiasa berfikiran yang pesimistik.

“Bagi mereka yang mengalami keresahan pula sering merasa tidak tenang, sukar tidur, hilang selera makan, menggeletar, sakit kepala dan berdebar,” katanya.

Jelasnya, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada isu kesihatan dalam kalangan PJJ termasuk komunikasi tidak berkesan dan tidak berkongsi tanggungjawab secara wajar.

“Selain itu, ada unsur yang mengancam kepercayaan sesama pasangan dan ketidakmam­puan mana-mana pasangan untuk menangani cabaran hidup sendirian dari segi penjagaan anak dan pengurusan hidup,” katanya.

Katanya, PJJ boleh mengakibatkan hubungan menjadi renggang berikutan terdapat risiko yang boleh mengancam sesuatu hubungan.

“Antaranya ialah tidak dapat memenuhi keperluan fizikal ­(biologi, urusan makan dan seksual), terjejas keperluan rasa selamat (kepercayaan dan kesetiaan).

“Selain itu, pasangan tidak dapat memenuhi keperluan psikologi termasuk keperluan emosi masa susah senang dan terjejas keperluan kendiri,” katanya.

Walaubagaimanapun, Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr. Fauziah Mohd. Saad berkata, terdapat beberapa tips yang boleh digunakan oleh pasangan PJJ supaya kebahagiaan mereka tetap utuh meskipun berjauhan antara satu satu lain.

Tips yang pertama kata Fau­ziah, adalah selalu berkomunikasi antara satu sama lain setiap hari meskipun masing-masing sibuk dengan tuntutan kerjaya.

“Zaman sekarang banyak medium komunikasi yang boleh digunakan untuk berhubung se­perti panggilan video, panggilan suara, Whatsapp, Telegram, ­Facebook dan Instagram.

“Perhubungan menggunakan medium komunikasi ini akan membuatkan pasangan itu akan merasa lebih dekat, lebih dihargai dan paling penting adalah rasa selamat meskipun berjauhan,” katanya.

Bagi penulis, apa yang pen­ting dalam hubungan PJJ adalah kepercayaan, kesetiaan, saling sa­yang-menyayangi, sentiasa berkomunikasi dan bertanya khabar agar pasangan tidak sunyi.

Selain menjaga hubungan dengan pasangan, hubungan dengan Allah juga perlu dipelihara. Bagi pasangan Islam, mereka perlu menjaga solat lima waktu, jaga batas dalam pergaulan, insya-Allah hubungan PJJ akan lebih terpelihara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN