fbpx

Pengawal keselamatan curi duit Mahkamah Melaka beli arak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK berusia 25 tahun direman enam hari bermula hari ini.

MELAKA – Seorang pengawal keselamatan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh direman enam hari bermula hari ini selepas disyaki telah memecah masuk masuk pejabat dan mencuri wang institusi itu bernilai lebih RM800, Selasa lalu.

Perintah reman sehingga Rabu itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Mazana Sinin terhadap suspek yang berusia 25 tahun bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan memakai pakaian lokap berwarna jingga.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit memberitahu, suspek diberkas selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang dibuat oleh kerani Pejabat Tanggungjawab (PTJ) Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada Selasa lalu.

Katanya, lelaki tersebut disyaki telah melarikan wang tunai berjumlah RM835 yang disimpan di dalam peti tunai di pejabat.

“Pengadu kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan pecah masuk di bahagian tingkap pejabat.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah kemudian menjalankan siasatan dan menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di pekarangan kompleks itu pada pukul 12.30 tengah hari semalam,” katanya.

Tambahnya, hasil soal siasat, suspek memberitahu dia baru bekerja selama dua bulan sebagai pengawal keselamatan di mahkamah berkenaan.

“Suspek juga mengaku terlibat dalam kes itu serta melakukan pecah masuk di kafe mahkamah, wang dicurinya digunakan untuk kegunaan sendiri termasuk membeli minuman keras.

“Suspek memecah masuk pejabat dengan menarik tingkap pejabat hingga terbuka. Ujian saringan air kencing bagaimanapun didapati negatif dadah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI