fbpx

MotoGP: Marquez mahu jaga ‘hati’ Honda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ enggan mendedahkan sebarang perancangan masa depan, sebaliknya mahu fokus memberikan aksi terbaik bersama Honda. - AFP

LONDON – Marc Marquez mahu mengambil pendekatan berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan terutama soal masa depannya bersama pasukan Repsol Honda selepas digembar-gemburkan bakal meninggalkan pasukan Jepun tersebut lebih awal.

Marquez yang menyertai pasukan Honda sejak 2013 itu dikatakan dalam keadaan tertekan selepas bergelut untuk mencari kemenangan semula bersama pasukan itu sekali gus timbul spekulasi bahawa dia berhasrat menyertai pasukan lain tahun depan.

Kontrak semasa Marquez berbaki sehingga penghujung 2024, tetapi berikutan kempen yang kurang memberangsangkan sehingga kini, ramai yang mempersoalkan sama ada juara dunia lapan kali itu perlu kekal bersama Honda ataupun tidak.

“Ya, saya tahu di mana saya akan berlumba pada musim 2024. Sehingga hari ini, saya mempunyai kontrak dengan Honda, tetapi mereka (wartawan) telah meletakkan nama saya pada semua pasukan.

“Sudah tentu ada panggilan (tawaran). Apabila anda sedar seseorang berada dalam fasa sukar pastinya ada panggilan. Saya tidak akan beritahu siapa kerana saya menghormati semula pihak,” katanya.

Dalam pada itu, Marquez turut menafikan bahawa ujian di Misano menjadi penentu masa depannya bersama Honda.

Sebelum ini, Presiden HRC, Koji Watanabe mengakui mereka tidak mampu menghalang sekiranya Marquez berkeras meninggalkan mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI