fbpx

222 projek perumahan swasta berjaya dipulihkan setakat Julai lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal (kanan) menunjukkan data terkini projek perumahan swasta yang berjaya dipulihkan setakat 31 Julai lalu.

PUTRAJAYA – Sebanyak 222 projek perumahan swasta berjaya dipulihkan sejak Januari hingga 31 Julai lalu membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan RM20.61 bilion.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, kesemua projek perumahan itu membabitkan keseluruhan 24,422 unit rumah.

Beliau berkata, kesemua projek perumahan tersebut telah menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan kini bertukar ke status lancar.

“Setakat 31 Julai lalu, Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) masih mengesan dan memantau 118 projek lewat (13,039 unit rumah), 490 projek sakit (79,278 unit rumah) dan 114 projek terbengkalai (24,262 unit rumah).

“Selain itu, sepanjang Julai sahaja, sebanyak 44 projek (3,496 unit) berjaya dipulihkan membabitkan GDV sebanyak RM3.14 bilion,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, sepanjang Ogos lalu, TFST telah mengambil tindakan penyelesaian berstrategik dan berfokus ke arah mengenalpasti tindakan mencegah untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang bagi mengatasi isu ini.

Akmal berkata, TFST telah mengenalpasti isu-isu utama berkaitan projek perumahan sakit dan terbengkalai yang terbahagi kepada dua kategori iaitu masalah dalaman dan masalah luaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI