fbpx

Keputusan permohonan ke UA lepasan STPM setaraf diumum hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Semakan keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) sesi akademik 2023/2024 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf boleh dibuat bermula hari ini sehingga 16 September ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, semakan keputusan itu boleh dibuat secara dalam talian bermula pukul 12 tengah hari ini sehingga pukul 5 petang pada 16 September depan.

Katanya, semakan boleh dibuat melalui melalui aplikasi mobile UPUPocket serta pautan https://jpt.utm.my,  http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my dan http://jpt.umt.edu.my.

“Pengesahan setuju terima atau tolak tawaran akan bermula esok hingga 16 September melalui laman web UA masing-masing.

“Surat tawaran akan dikeluarkan oleh UA kepada calon yang berjaya mulai esok setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Jelasnya, pemilihan kemasukan calon kategori STPM, matrikulasi, asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengambil kira 90 peratus pencapaian akademik dan kokurikulum (10 peratus).

“Manakala, pemilihan bagi calon kategori diploma atau setaraf adalah berdasarkan 100 peratus pencapaian akademik.

“Berdasarkan prinsip meritokrasi tersebut, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberikan peluang untuk mengikuti pengajian di UA,” ujarnya.

Tambah KPT, pemohon tidak berjaya dipelawa mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai hari ini bermula pukul 12 tengah hari sehingga 16 September pada pukul 5 petang.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI