fbpx

Kulinari, elektrik dan elektronik pilihan pelajar TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Noor (tengah) selepas merasmikan eDOLA kali ke-11 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di sini, hari ini.

SHAH ALAM – Seramai 118,000 pelajar baharu mendaftar masuk ke politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara sekali gus mencatatkan peningkatan 20 peratus tahun ini.

Berdasarkan statistik terkini Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), jumlah pelajar di 36 politeknik dan 104 kolej komuniti itu meningkat berbanding sekitar 90,000 orang tahun lalu.

Pengarah Kanan Akademik JPPKK, Mohd. Noor Shahudin berkata, keadaan itu menunjukkan bahawa bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kembali mendapat tempat di kalangan pelajar dan belia tempatan dengan kursus seperti kulinari dan makanan selain elektrik serta elektronik menjadi pilihan pelajar.

Jelas beliau, tidak dinafikan berlaku penurunan kemasukan pelajar ketika dan selepas musim pandemik Covid-19 sebelum ini.

“Namun, keadaan kini berubah apabila sambutan diterima amat positif dan hampir memenuhi sasaran ditetapkan iaitu 120,000 orang.

“Penerimaan pelajar TVET di politeknik dan komuniti masih menggalakkan dan kita sedang berusaha memastikan semua kuota kemasukan diisi pelajar menjelang hujung tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pertandingan Inovasi Pembelajaran Digital CIDOS Inspiring Learning Awards (eDOLA) kali ke-11 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI