fbpx

Guna sarang telur buat Jalur Gemilang gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga Tabika Kemas Sri Seroja, Kampung Bertam Baru, Gua Musang menghasilkan replika Jalur baru-baru ini. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang guru bersama 25 orang kanak-kanak Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Sri Seroja, Kampung Bertam Barumenghasilkan Jalur Gemilang menggunakan sarang telur di sini baru-baru ini.

Inisiatif bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 tahun ini.

Guru tersebut, Siti Arfah Inche Jaafar, 30, berkata, pihaknya berjaya menghasilkan Jalur Gemilang berukuran lebih empat meter secara bergotong-royong bersama ibu bapa dan kanak-kanak tabika Kemas.

Katanya, idea untuk membuat Jalur Gemilang daripada sarang telur terpakai itu tercetus kerana ingin memberi kelainan sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

“Kita berjaya menyiapkan replika Jalur Gemilang menggunakan sarang telur dalam tempoh kurang dua jam.

“Kanak-kanak juga gembira apabila mereka turut mewarnakan dan menyusun sarang telur bersama-sama,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Tabika Kemas Sri Seroja, Naim Sulaiman berkata, komuniti Kampung Bertam Baru terlibat dengan aktiviti menyemai semangat cintakan tanah air dan patriotisme setiap tahun.

Katanya, dia juga berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan ibu bapa dan kakita­ngan Kemas.

“Kampung ini mempunyai banyak tempat yang bersejarah semasa pemerintahan Komunis dan Jepun.

“Selain itu, ada dua buah kubu pertahanan semasa zaman Inggeris dan sebuah Balai Polis dipercayai paling lama di Kelantan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI