fbpx

Duda didakwa dera anak kekasih sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nagendran (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth di sini, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang pengawal keselamatan berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan membunuh seorang bayi, bulan lalu.

Tertuduh, S. Nagendran, 34, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Fatin Mohd Farid.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada lelaki yang dipercayai berstatus duda itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia 15 bulan di sebuah rumah di Pangsapuri Ampang Jajar, Butterworth di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Ogos kira-kira pukul 6.25 petang hingga 26 Ogos pukul 4.50 petang di lokasi yang sama.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Asma’ ‘Amira Shahidani manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, Nur Fatin menetapkan 6 Mac tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan serahan laporan kimia dan bedah siasat.

Pada masa yang sama, beliau juga tidak membenarkan tertuduh untuk diikat jamin sementara menunggu tarikh berkenaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang bayi lelaki berumur setahun mati dalam keadaan menyayat hati selepas dipercayai didera oleh teman lelaki kepada ibu kandungnya, 26 Ogos lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI