fbpx

Lelaki warga asing ditemui lemas, bot bawa sembilan pelancong karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelancong warga asing ditemui lemas selepas bot dinaiki bersama lapan rakan lain karam di perairan Pulau Timba-Timba pagi semalam.

SEMPORNA – Seorang pelancong warga asing ditemui lemas selepas bot dinaiki bersama lapan rakan lain karam di perairan Pulau Timba-Timba pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.10 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia adalah seorang lelaki berusia 38 tahun manakala lapan lagi mangsa berjaya diselamatkan.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya hanya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 4 petang.

“Ekoran kejadian itu, kita telah menahan empat individu iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur 22 tahun dan tiga warga asing berumur 26 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan.

“Punca sebenar kejadian juga masih dalam siasatan.

“Satu kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan selain perintah tahanan reman akan dipohon di Mahkamah Majistret pagi ini untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd Farhan menasihatkan semua pengusaha pelancongan termasuklah pemilik dan pengendali bot agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan.

Beliau berkata, ia seperti pemakian jaket serta peralatan kecemasan yang lain.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian terbabit boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Khadijah Mohd Seruji di talian 019-8718002 atau mana-mana balai polis berhampiran. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI