fbpx

Rumah rosak, bumbung diterbang angin kencang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah di kawasan Seberang Perai Utara yang rosak dan bumbung diterbangkan angin kencang, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Polis mengesahkan kira-kira tiga buah rumah di beberapa kawasan di Kepala Batas, di sini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, angin kencang disusuli hujan lebat kira-kira pukul 11 pagi tadi menyebabkan rumah di Permatang Bertam, Permatang Tiga dan Permatang Binjai rosak.

“Berdasarkan laporan yang diterima, bumbung ketiga-tiga rumah terbabit tercabut akibat diterbangkan angin.

“Selain itu, perabot dan peralatan elektrik juga turut rosak apabila kediaman mangsa dimasuki air hujan,” katanya kepada pemberita di sini, malam ini.

Bagaimanapun katanya, kejadian tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan manakala jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sehingga pukul 9.30 malam tadi, hujan masih turun renyai-renyai di daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI