fbpx

Rumah flat di Butterworth terbakar 40 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah rumah flat yang terbakar di Butterworth, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Sebuah rumah flat di Taman Tun Dr. Awang, Butterworth di sini musnah dalam kebakaran, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 10.28 pagi.

“Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Azizul Alim bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dibantu BBP Kepala Batas dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran didapati membabitkan sebuah rumah flat yang terbakar 40 peratus dan api dapat dikawal serta berjaya dipadamkan pada pukul 11 pagi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI