fbpx

Kedai alat ganti kereta musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran membabitkan sebuah kedai alat ganti kenderaan di Taman Sornam, Bahau, dalam kejadian tengah malam tadi.

JEMPOL – Sebuah kedai alat ganti kenderaan di Taman Sornam, Bahau, terbakar dalam kejadian tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mohd Farid Mohd Desa berkata, pihaknya segera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kira-kira pukul 12.12 tengah malam.

Menurutnya, sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan sebuah kedai berkeluasan kira-kira 11 meter persegi.

“Kemusnahan tingkat satu dianggarkan sebanyak 70 peratus, manakala, tingkat 2 pula dianggarkan musnah sekitar 50 peratus.

“Dalam kejadian ini, kita turut mendapat bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Bandar Seri Jempol, BBP Kuala Pilah dan Seremban bagi memadamkan kebakaran,” katanya, hari ini.

Jelas Mohd Farid lagi, punca kebakaran dan jumlah kerugian bagaimanapun masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI