fbpx

Cadangan tuduh Abdul Hadi akan diserah kepada AGC – Ayob Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menuduh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di mahkamah berhubung ucapan yang dipercayai mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar, minggu lalu

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya selesai mengambil keterangan Ahli Parlimen Marang itu hari ini dan beliau menjawab lima daripada 24 soalan dikemukakan terhadapnya.

“Baki 19 soalan akan dijawab di mahkamah, beliau disiasat di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 233 (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998).

“Kita akan panjangkan ke AGC untuk cadangan dituduh di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan dan (Seksyen) 233, sama ada tuduh atau tidak itu terpulang kepada penilaian AGC,” katanya dalam sidang akhbar khas di Bukit Aman, hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi dalam ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Bakri dipercayai menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai ajaran Islam.

Tengah hari tadi, Abdul Hadi yang disiasat polis susulan ucapan tersebut selesai memberikan keterangan.

Pertemuan antara beliau dan pegawai polis berlangsung selama satu jam di Pejabat Agung Pas, di sini, bermula pukul 11.30 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI