fbpx

Bayi, penunggang motosikal maut kemalangan 3 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Mercedes Benz dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 144.40 Lebuh Raya Utara- Selatan, berhampiran Pagoh, Muar awal pagi hari ini.

MUAR – Seorang bayi dan seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 144.40 Lebuh Raya Utara Selatan di sini awal pagi hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu membabitkan bayi berusia 45 hari yang merupakan penumpang kereta jenis Mercedes Benz dan seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motorsikal berwarna kelabu terbabas lalu jatuh di atas jalan raya.

“Pada masa yang sama seorang penunggang motorsikal berwarna biru yang berada dibelakangnya cuba mengelak ke kanan tetapi telah hilang kawalan lalu terjatuh di sebelah kanan jalan.

“Dalam pada itu, sebuah kereta yang berada di arah sama terlanggar mangsa yang terbaring di atas jalan raya sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke tepi sebelah kiri jalan,”katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Tambah Raiz, akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal berwarna kelabu telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa di dalam kereta merupakan lima sekeluarga dimana seorang bayi lelaki berumur satu bulan 15 hari telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar kerana kecederaan parah.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang melihat kejadian ini diminta hadir ke balai berhampiran tampil bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI