fbpx

Ahli politik jangan celarukan rakyat soal halal, haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (dua kiri) ketika menghadiri Program Aspirasi Geospatial Negeri Perak 2023 di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Fatwa berkaitan halal atau haram suatu perkara perlu ditentukan Majlis Fatwa Kebangsaan dan bukannya oleh orang politik.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sekiranya sesiapa sahaja termasuk ahli politik bebas bercakap soal halal haram, pastinya akan mengundang kecelaruan dalam masyarakat.

Beliau berkata, isu membabitkan hukum dalam agama Islam seharusnya dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Perkara halal haram ini tidak boleh keluar daripada mulut (sesuka hati). Kalau semua orang keluarkan, ramai orang mempunyai pendapat berbeza. Tidak berasaskan kepada ilmu.

“Biarlah Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa halal atau haram. Ahli politik termasuk saya sendiri, tolonglah jangan mencelarukan pemikiran orang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Aspirasi Geospatial Negeri Perak 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika berucap pada ceramah kelmarin sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

Muhyiddin didakwa mengeluarkan ‘fatwa haram’ mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat dan melarang pengundi di kawasan itu mengundi Suhaizan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI