fbpx

Rakyat Malaysia terkandas di Danok kerana sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Deretan kenderaan rakyat Malaysia tidak berjaya melepasi pintu sempadan kerana kesesakan teruk di Danok malam kelmarin.

BUKIT KAYU HITAM – Ratusan rakyat Malaysia terkandas di Pekan Danok, Thailand gara-gara terperangkap dalam kesesakan jalan raya sejauh kira-kira dua kilometer malam kelmarin.

Kesemua mereka tidak sempat melepasi pemeriksaan kastam dan imigresen Thailand di Sadao sebelum pintu sempadan ditutup pada pukul 12 tengah malam waktu Malaysia.

Menurut warga Thailand, K. Suwit, 61, kira-kira 400 pelancong yang rata-rata mereka merupakan rakyat Malaysia terkandas menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik untuk mencari tempat penginapan.

“Danok sesak sejak 31 Ogos lalu apabila pelancong terutama orang Malaysia masuk ke sini (Thailand) untuk bercuti.

“Pada semalam (kelmarin) ramai berpusu-pusu pulang semula ke Malaysia setelah cuti sekolah tamat hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kata Suwit, selain kenderaan persendirian, terdapat banyak bas pelancong yang turut terkandas.

Menurutnya, keadaan bagaikan pesta apabila sebahagian pelancong mengambil keputusan untuk menunggu di dalam kenderaan masing-masing di tepi jalan berhampiran sempadan.

“Saya sendiri tidak pernah lihat perkara seumpama ini, ramai terpaksa menunggu di dalam kenderaan sahaja sehingga awal pagi apabila pintu sempadan dibuka semula pada pukul 6 pagi (waktu Malaysia).

“Terdapat kira-kira 50 kenderaan diletakkan di tepi jalan dan keadaan kembali pulih pada pagi tadi (semalam) apabila sempadan dibuka,” ujarnya yang juga wartawan di Songkhla. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI