fbpx

Penunggang basikal terpelanting dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang basikal terpelanting ke udara selepas dia dirempuh sebuah kereta di Blackburn, Khamis lalu. - Facebook

LONDON – Seorang penunggang basikal terpelanting ke udara selepas dirempuh oleh sebuah kereta yang ketika itu cuba memotong kenderaan lain di sebuah persimpangan lampu isyarat di Blackburn, England, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ketika pemandu berkenaan memotong kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat itu, mangsa sedang menunggang basikal dengan laju, menyebabkan dia terpelanting akibat dirempuh.

Kejadian itu dirakam menerusi kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dan berlaku kira-kira pukul 7.40 malam (waktu tempatan) Khamis lalu.

Mangsa yang dipercayai berumur dalam lingkungan 30-an terpelanting dan jatuh di bahagian belakang kereta itu sebelum pemandu  berkenaan bergegas membantunya.

Dia kemudian dihantar ke sebuah hospital dan mengalami patah tulang. 

Sementara itu, pemandu kereta berusia 23 tahun tersebut dilaporkan telah ditahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI