fbpx

Spa cacing tanah untuk cantikkan kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengendali spa meletakkan cacing tanah di atas badan pelanggan. - Facebook

BANGKOK – Seorang pakar kesihatan di Thailand memberi amaran mengenai rawatan spa menggunakan cacing tanah kerana berisiko mengakibatkan keracunan dalam sistem badan manusia, lapor laman berita Thaiger semalam.

Spa cacing tanah tular di platform media sosial Thailand baru-baru ini. Tindakan meletak sejumlah cacing tanah pada kulit didakwa dapat memberi manfaat kepada kesihatan manusia seperti melegakan badan serta meningkatkan kelembapan dan kehalusan kulit.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Semula Jadi Universiti Maejo di Chiang Mai, Arnat Tancho merupakan pakar tentang cacing tanah.

Menurutnya, rawatan menggunakan cacing tanah boleh dilakukan tetapi pengendali spa dan pelanggan perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum meneruskannya.

Pelanggan perlu memastikan mereka tidak mempunyai luka terbuka pada badan yang boleh memudahkan kemasukan kuman. Orang yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imun terjejas dilarang menjalani rawatan itu.

Rawatan spa dengan meletakkan cacing tanah yang mempunyai lendir berisiko kepada manusia. Hal ini kerana cacing tanah berpotensi membawa masuk kuman berbahaya ke dalam badan manusia. Spesies itu  dihuni lebih 500 spesies mikroorganisma. 

Kata Arnat, kajian di bawah pengawasannya mendedahkan bahawa beberapa sebatian dalam lendir cacing tanah boleh menyuburkan kulit manusia. 

Arnat menegaskan bahawa keselamatan  spa cacing tanah bergantung kepada budi bicara pemilik spa dan pelanggan. Menurut beliau, lebih berbahaya apabila orang ramai tidak melaporkan gejala buruk yang dialami selepas rawatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI