fbpx

[VIDEO] Menteri, timbalan menteri, Ahli Parlimen DAP nyanyi lagu Setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan barisan pemimpin DAP yang memegang beberapa portfolio dalam Kerajaan Perpaduan sedang menyanyikan lagu patriotik, Setia.

PETALING JAYA – Beberapa menteri, timbalan menteri yang memegang beberapa portfolio dalam Kerajaan Perpaduan serta Ahli Parlimen DAP, bersepakat menzahirkan kesetiaan menerusi sebuah lagu patriotik bertajuk Setia.

Menerusi perkongsian video nyanyian tersebut oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, di Twitter, mereka (DAP) benar-benar menghayati makna lirik tersebut menerusi perkhidmatan yang diberi.

“Untuk kami dalam DAP, kesetiaaan kepada raja dan negara bukan sekadar lirik dalam sebuah lagu.

“Kami benar-benar menghayati maknanya dalam khidmat kami. @syahredzan dapat markah tertinggi untuk emosi dan penghayatan lirik,” kongsinya.

Nyanyian tersebut dilihat turut disertai oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang juga Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dan Menteri Pengangkutan (Setiausaha Agung DAP), Anthony Loke Siew Fook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI