fbpx

Pecca catat untung bersih RM10.10 juta suku keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Permintaan terhadap upholsteri kulit automotif berkualiti tinggi keluaran Pecca semakin meningkat. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengeluar upholsteri automotif,  Pecca Group Berhad (Pecca) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM10.10 juta bagi suku keempat tahun fiskal 2023 berbanding RM8.25 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Hasil meningkat sebanyak tujuh peratus kepada RM54.33 juta, daripada RM50.75 juta setahun lalu menjadikan ini adalah  keuntungan bersih dan hasil suku tahunan tertinggi dicapai Pecca dalam rekod kewangannya.

Margin keuntungan bersih Pecca bagi suku yang dikaji ialah 18.6 peratus, peningkatan sebanyak 23 peratus daripada tempoh yang sama setahun lalu. 

Peningkatan dalam keuntungan adalah hasil daripada pengurangan kos operasi dan peningkatan kecekapan di fasiliti pengeluaran Kumpulan, sejajar dengan tumpuan strategik Pecca untuk mengoptimumkan produktiviti proses pembuatannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Foo Ken Nee berkata, keputusan kewangan yang kukuh ini  menunjukkan komitmen Kumpulan untuk mencatat pertumbuhan dalam perniagaan yang mapan.

Jelas beliau, ini adalah suku keempat berturut-turut dalam fiskal 2023 yang mana Pecca telah mencatatkan rekod keuntungan bersih baharu.

“Permintaan untuk upholsteri kulit automotif berkualiti tinggi terus kukuh dengan pelanggan utama kami, Perodua, mengunjurkan jualan dan pengeluaran mencecah tahap rekod yang tinggi pada 2023. 

“Momentum ini pasti akan memberi manfaat kepada Q1 FY2024 Kumpulan. Kami akan terus meletakkan diri sebagai pembekal pilihan peserta automotif peringkat global dan tempatan, justeru membolehkan kami mengharungi gelombang permintaan yang semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Bagi tahun fiskal penuh 2023 (TK2023), Pecca mencatatkan rekod keuntungan bersih bersejarah sebanyak RM35.43 juta, meningkat 55 peratus daripada RM22.84 juta pada fiskal 2022.

Lonjakan keuntungan terutamanya didorong oleh kenaikan 35 peratus tahun ke tahun dalam pendapatan setahun penuh kepada RM221.26 juta.

“Melangkah ke hadapan, kami akan terus memanfaatkan kekuatan utama kami untuk berkembang dalam pasaran sedia ada dan baharu, dengan tumpuan pada peluang margin yang lebih tinggi,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI