fbpx

Kepci Muzik Festival: Penganjur perlu peka, sensitif- Mohd. Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Naim bercakap ketika sidang akhbar selepas Majlis Muhibbah Merdeka bersama pemimpin-pemimpin agama di Kompleks Islam Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Mana-mana penganjur yang mahu menganjurkan acara hiburan dinasihatkan untuk lebih peka dan sensitif dalam pelbagai aspek termasuk elemen agama bagi mengelakkan kewujudan isu-isu negatif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, dalam konteks ini, penganjur perlu mematuhi garis panduan ditetapkan kerana kita mahu setiap sensitiviti masyarakat dapat dijaga.

“Saya mahu tekankan di sini, penganjuran festival itu (Kepci Muzik Festival) bukan dibuat oleh kerajaan, acara itu anjuran pihak swasta. Saya difahamkan, pelajar tahfiz itu dijemput oleh pihak ketiga.

“Jadi, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yussof akan cuba berbincang dan memberikan nasihat kepada penganjur,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini tadi.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan pengguna media sosial meluahkan rasa kesal apabila melihat rakaman video tular persembahan kumpulan wanita, COEX di hadapan pelajar tahfiz dalam sebuah konsert di Shah Alam, baru-baru ini.

Keadaan itu berikutan persembahan COEX disifatkan sebagai agak keterlaluan daripada segi tarian dan pakaian untuk dipertontonkan kepada pelajar-pelajar tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI