fbpx

Guna penyodok bunuh bapa kerana dihina menganggur, kaki mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fakhrudin menunjukkan senjata digunakan suspek untuk memukul bapanya sehingga mati sebelum dibuang di jalan PJS 10/24, Petaling Jaya, Sabtu lalu

PETALING JAYA – Sering dihina akibat menganggur selama dua tahun dan tidak tahan ditegur pulang rumah dalam keadaan mabuk menjadi punca seorang pemuda nekad memukul bapanya dengan penyodok sehingga mati di sebuah kediaman berhampiran di jalan PJS 10/24, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Balai Polis Sungai Wei menerima satu laporan daripada saudara terdekat mangsa yang menjumpai satu mayat yang dikenali pada pukul 2.30 pagi di lokasi kejadian.

Katanya, pengadu menemui mayat tersebut dalam keadaan dibalut dengan langsir itu ketika dalam perjalan untuk mencari mangsa yang didapati hilang daripada rumah pada lewat malam.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, seorang lelaki tempatan berusia 40-an sekitar ditahan pada pukul 9.10 pagi di kawasan perumahan Jalan 10/9A, Bandar Sunway, di sini, Sabtu lalu.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau jenayah bagaiamanapun ujian air kencing suspek didapati negatif dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan siasatan awal mendapati suspek dan mangsa tinggal serumah namun sering bergaduh antara satu sama lain.

Tambah Mohamad Fakhrudin, pihaknya turut merampas senjata penyodok pasir dipercayai digunakan untuk memukul mangsa dan sebuah kenderaan dipercayai digunakan untuk membawa mangsa sebelum dibuang di lokasi kejadian.

“Motif pembunuhan dipercayai suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang selalu menghina selain memberikan tekanan kepadanya yang malas bekerja dan kerap menegurnya sering minum alkohol.

“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang anak sanggup membunuh bapanya sendiri sebelum mayat mangsa dililit dengan kain langsir dan kemudian dicampak di tepi jalan di hadapan sebuah kondominium di Jalan PJS 10/24, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian di rumah mangsa kira-kira pukul 12 tengah malam itu, suspek lelaki berusia 40-an memukul bapanya sehingga mati dengan menggunakan penyodok.

Ketika tragedi berdarah itu berlaku, suspek dikatakan berada dalam keadaan mabuk.

Jarak di antara lokasi mayat dicampak dengan rumah mangsa tidak sampai 2 kilometer. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI