fbpx

Polis Shah Alam lupus barang kes, mesin bitcoin RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Iqbal mengendalikan jengkaut bagi melupuskan barang kes itu di IPD Shah Alam.

SHAH ALAM – Polis Shah Alam melupuskan barang hasil kegiatan jenayah bernilai RM1 juta termasuk melibatkan 550 mesin melombong bitcoin hari ini.

Kesemua barangan itu meliputi 33 kes yang berjaya diselesaikan pada antara 2019 hingga tahun lalu termasuk satu kes pada 2008.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pelupusan itu melibatkan kes bitcoin, arak, rokok seludup, cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak.

Katanya, semua kes itu diselesaikan selepas proses perbicaraan dan hukuman oleh mahkamah termasuk suspek terlibat.

“Selain 550 mesin bitcoin, barangan yang dirampas bagi pelupusan itu meliputi 500 botol arak, 690 tin arak, 280,000 batang rokok dan 2,000 VCD serta DVD cetak rompak,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, hari ini.

Jelas Mohd. Iqbal, pelupusan berskala besar itu kali ketiga dilakukan pihaknya tahun ini dengan keseluruhannnya bernilai kira-kira RM2 juta.

“Tindakan itu dijalankan mengikut Pelupusan bagi Aset-aset Kerajaan dan Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

“Bagi mesin bitcoin, pelupusan dibuat dengan menghancurkannya secara manual manakala minuman keras dilupuskan melalui pemeruapan dan rokok akan dibakar dalam kebuk pembakaran,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai diseru supaya menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil pihaknya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI