fbpx

20 individu merusuh di luar stadium dibebas hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
20 individu yang ditahan reman sejak Khamis lalu akan dibebaskan dengan jaminan polis petang ini.

GEORGE TOWN – 20 individu yang dipercayai terlibat dalam insiden rusuhan selepas aksi perlawanan Liga Super membabitkan pasukan Penang FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akan dibebaskan petang ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, kesemua suspek berusia antara 18 hingga 38 tahun itu akan dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan berhubung insiden yang berlaku selesai diambil.

Menurutnya, kes tersebut akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya sejurus kertas siasatan mengenai kejadian itu siap sepenuhnya bagi mendapatkan arahan pertuduhan.

“Setakat ini, tiada tangkapan baharu dilakukan dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) nanti.

“Kita ada bagi cadangan (pendakwaan suspek terlibat) tetapi perlu menunggu arahan selanjutnya daripada DPP,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Khamis lalu, 20 lelaki dipercayai kumpulan ‘casual’ Penang dan Kedah ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun lKeseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat.

Daripada jumlah tersebut, dua daripada mereka mempunyai rekod lampau membabitkan kes dadah.

Sebelum itu, tujuh lelaki diberkas di lokasi kejadian kira-kira pukul 11.30 malam, Selasa lalu selepas terlibat dalam rusuhan dipercayai berpunca akibat provokasi antara dua penyokong pasukan terbabit.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya malam itu, pasukan KDA FC berjaya menjinakkan Penang FC 2-1 dalam aksi yang penuh ‘hangat’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`