fbpx

Lelaki diberkas terlibat beli, seleweng diesel bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Johor menahan seorang lelaki dan merampas lori serta peralatan yang disyaki digunakan dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Kawasan Perindustrian Seri Purnama, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki cuba mengaut untung dengan membeli minyak diesel bersubsidi, tidak berhasil apabila ditahan di Kawasan Perindustrian Seri Purnama di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.15 pagi itu, lelaki yang berusia 42 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam pembelian minyak bersubsidi di stesen-stesen minyak di sekitar Johor Bahru sebelum dijual balik ke pasaran gelap.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam operasi yang dilakukan sepasukan polis Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sungai Gores sejumlah 5,000 liter minyak diesel bernilai RM12,900.

“Lelaki itu ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pembelian minyak bersubsidi di stesen-stesen minyak berhampiran. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tong statik berisi 5,000 liter bernilai anggaran RM12,900.

“Polis merampas pelbagai peralatan termasuklah mesin pengepam, hos, sebuah lori, tong berisi 5,000 liter minyak diesel dan nilai keseluruhan rampasan adalah RM125,415,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, suspek yang ditahan kemudiannya diserahkan kepada pasukan penyiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, hasil semakan rekod ke atas suspek mendapati lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Polis Johor akan terus membanteras hingga ke akar umbi kegiatan penyelewengan dan ketirisan diesel dan minyak-minyak lain,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI