fbpx

Kenyataan TV Pertiwi boleh jejas siasatan – MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berasa kesal susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh TV Pertiwi berhubung isu sekatan terhadap portal berkenaan memandangkan proses siasatan masih dijalankan.

MCMC dalam kenyataan berkata, dalam pertemuan yang berlangsung pada 22 Ogos lalu, isu yang berbangkit daripada sekatan yang dikenakan ke atas TV Pertiwi telah dibincangkan.

“MCMC telah menjelaskan bahawa proses siasatan sedang dijalankan dan sebarang pendedahan berkaitan perkara tersebut boleh menjejaskan siasatan kes berkenaan.

“MCMC kekal teguh dalam menjalankan kewajipannya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) bagi menghalang sebarang perlakuan atau percubaan melakukan kesalahan, terutamanya yang berkaitan dengan kandungan yang palsu atau jelik,” kata kenyataan itu, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Ketua Pegawai Operasi TV Pertiwi Mohd. Firdaus Salleh menegaskan tidak akan memadam enam kandungan yang didakwanya telah diminta SKMM untuk melakukan demikian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI