fbpx

Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi : 61 SMKA, 228 SABK terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memulakan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi secara rintis di 61 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

KPM dalam kenyataan di sini berkata, modul berkenaan disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.

Katanya, ia adalah bertujuan memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan kefahaman agama dalam kalangan guru serta murid beragama Islam.

“Inisiatif ini diharapkan mampu melahirkan generasi ‘Anak yang Baik lagi Cerdik’ seterusnya mengangkat karamah insaniah berdasarkan tiga elemen utama iaitu adab, akhlak dan integriti,” kata kenyataan itu hari ini.

KPM berkata, pihaknya sentiasa berusaha menerapkan nilai-nilai murni yang merangkumi elemen perpaduan, silang budaya, kepelbagaian agama dan saling menghormati antara kaum dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan di institusi-institusi pendidikan bawah kelolaannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI