fbpx

Sindiket seleweng diesel Petronas RM13.5 juta tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan sindiket penyelewengan minyak diesel milik Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Pantai Timur melibatkatkan kerugian RM13.5 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil risikan dan siasatan mendapati penyelewengan tersebut berlaku sejak 2021.

Katanya, susulan itu satu operasi bersepadu dijalankan kelmarin di sekitar ibu kota, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu berjaya menahan 15 suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 29 hingga 52 tahun.

“Kita turut merampas dua kenderaan, 16 telefon bimbit, 17 set dokumen, 16 pek sim kad, dua kad syarikat dan dua unit pengukur kedalaman tangki minyak.

“Selain itu, satu ‘gasoline gauging paste’, dua komputer riba, tiga cop pelbagai syarikat dan masing-masing satu tablet, kad pelaut dan mesin kira turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ramli berkata, sindiket yang dianggota individu daripada pelbagai kelas jawatan dalam bidang perkapalan itu dikesan menjual semula baki minyak diesel yang diperuntukkan kepada setiap kapal logistik marin kepada pembeli secara haram.

“Harga jualan yang ditawarkan adalah sekitar RM1.80 hingga RM1.98 per liter dan hasil jualan dibahagikan antara kru yang bertugas pada tempoh masa terbabit.

“Kesemua suspek kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan PDRM masih meneruskan siasatan untuk menilai sejauh mana rangkaian sindiket ini dan mengenalpasti pihak yang terbabit,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI