fbpx

Mayat lelaki reput dijumpai dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT lelaki reput tanpa pengenalan diri dijumpai dalam parit di kebun kelapa sawit dekat Jalan Pasir, Kampung Sungai Payung Baroh, Rungkup, Bagan Datuk, semalam.

BAGAN DATUK – Satu mayat lelaki reput ditemui orang awam dalam parit di kawasan kebun kelapa sawit dekat Jalan Pasir, Kampung Sungai Payung Baroh, Rungkup, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, maklumat berkaitan penemuan mayat dalam keadaan tertiarap itu diterima pada pukul 4.48 petang.

“Ketika dijumpai, mangsa memakai baju berwarna merah dan berseluar pendek dengan beberapa kesan luka di bahagian tangan, kaki dan leher.

“Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti ekoran keadaannya yang sudah reput selain tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai bersama si mati,” katanya, di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, untuk bedah siasat.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan oleh luka potongan pada bahagian kepala dan leher.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu, diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Muhammad Nazrin Nasir di talian 019-9146370,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI