fbpx

DRB-HICOM capai untung pra-cukai RM285.71 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proton City

PETALING JAYA – DRB HICOM Berhad mencatatkan keuntungan pra-cukai sebanyak RM285.71 juta bagi enam bulan pertama tahun kewangan 2023, peningkatan sebanyak 22.5 peratus daripada RM233.16 juta yang dicapai tahun lalu.

Ia hasil perolehan bernilai RM8.09 bilion, iaitu peningkatan 22.1 peratus berbanding RM6.62 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama berakhir 30 Jun 2022, berikutan prestasi mampan terutamanya dalam sektor automotif dan perbankan Kumpulan, serta penambahbaikan dalam sektor lain.

Bagi suku tahun berakhir 30 Jun 2023, keuntungan pra-cukai Kumpulan berjumlah RM84.95 juta, dengan perolehan RM3.98 bilion.

DRB HICOM dalam satu kenyataan hari ini berkata, sektor automotif Kumpulan, khususnya Proton serta pengedaran automotif dan syarikat-syarikat pembuatan dan kejuruteraan mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak 27.8 peratus kepada RM5.87 bilion, berbanding RM4.6 bilion setahun lalu.

“Dalam tempoh ini, Proton mencatatkan peningkatan memberangsangkan dalam jumlah jualan iaitu sebanyak 28.6 peratus kepada 77,321 unit, yang mana Saga, X50 dan Persona menyumbang lebih daripada 80 peratus daripada jumlah jualan.

“Jenama lain dalam Kumpulan, seperti Honda WR-V serba baharu, turut menerajui pasaran kenderaan utiliti sukan (SUV) kecil dengan lebih 2,500 tempahan dalam tempoh sebulan selepas pelancaran.

“Sektor perbankan juga mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak 37.3 peratus kepada RM806.77 juta daripada RM587.69 juta pada terutamanya disebabkan pendapatan pembiayaan lebih tinggi, diterajui oleh pertumbuhan jumlah pembiayaan.

“Ini dirangsang oleh pertumbuhan yang mampan dan pangkalan pelanggan yang berkembang serta kenaikan Kadar Dasar Semalaman kepada tiga peratus dalam tempoh semasa berbanding dua peratus dalam tempoh yang sama sebelumnya,” katanya.

Menurut DRB-HICOM, bagi memastikan pertumbuhan yang mampan, pihaknya akan terus memperkukuh kecekapan operasi dan inisiatif pengurusan kos untuk sektor teras termasuk aeroangkasa dan pertahanan, perbankan, perkhidmatan dan hartanah.

“Sektor pos kekal dalam hala tuju transformasinya, memanfaatkan teknologi untuk mempertingkat pengalaman pelanggan dan terus mengamalkan disiplin kawalan kos yang berhemat.

“Kumpulan menjangkakan prestasi kewangan yang memuaskan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 berbanding tahun sebelumnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI